semalam petang nurkiah harnom tonton akademi fantasia lepas balik sekolah ngaji.
dan malamnya.
"Mak,kiah nak jadi penyanyi lah mak.boleh kah mak?"
"eh,boleh.nanti dah popular boleh ajak mak berduet.boleh mak test market sekali" balas mak.
esok pagi di sekolah,nurkiah berjaya menjawab soalan fizik ringkas mudah di papan hitam.kembang kuncup hidungnya depan kawan-kawan.
dalam hati.
"aku nak jadi physician lah.fizik ni bukan susah sangat.dapat reka hukum baru mesti popular.hukum nurkiah .sampai generasi depan pun aku popular.
hari lain,
nurkiah tengok orang jual bunga.dia mahu jadi florist pula.ironinya,dirinya perempuan,samalah seperti bunga.mana tahu nanti jumpa kumbang yg metroseksual.nurkiah suka.
lain hari,
nurkiah harnom bosan dengan impiannya yang kurang cool.itupun selepas kawan baiknya menang kategori puisi remaja hadiah sastera kumpulan utusan
"aku nak jadi Rumi"tegas dia buat keputusan.barulah cool,fikirnya.
nota kaki:
nurkiah tidak kenal rumi.dia hanya terbaca biografi di belakang sebuah buku tentang seorang penulis memilih rumi sebagai idola.kasihan nurkiah harnom.