Saturday, February 7, 2009

kita semua cantik kan?

yang buta tak semestinya tak nampak. yang nampak pulak, rata-ratanya buta. tapi,ramai juga yang lebih senang pretend buta. selamat katanya.
biarlah, mungkin lebih baik.

si bisu. si bisu apabila bersuara, harusnya menjadi suatu yang hebat. kerana dia bisu, kan? anticipation.
tapi hasil nya selalu pathetic. macam selepas disental tahi itik. bahasa nya menggegar dunia. inti nya, basi!

lebih baik kau terus bisu. sekurang-kurangnya tak menjadi perhatian murahan.
si pura-pura buta itu lebih bijak. mereka optimistik.buat tak nampak walau pun nampak. sebab mereka tahu, itu tak penting. tak perlu sesak-sesak untuk nampak.

dan mereka kau kata golongan inferior, tak ada future. well, that is your pathology.



penonton nya si tuli,
yang berkumpul dengan tuli-tuli yang lain. mereka kan hebat. mereka boleh nampak. dan mereka boleh bersuara. jadi boleh la bercerita. yang kencang-kencang tu.

satu cerita "kahwin". dua dengar "cerai" .pada tiga, kau bilang "curang"
begitulah kan, cycle nya?

Sunday, February 1, 2009

Kepada Pembaca Pembaca Hantu,

Tidak kira di mana kamu berada,
Tidak kira dengan siapa kamu serahkan Bibir-mu untuk dikucup,
Tidak kira bilakah masanya hati-mu akan Mati di bunuh Intoksikasi,
Tidak kira, tidak kira.

Kami akan sentiasa berada di sini.

p/s: Majlis Penyampaian Hadiah, Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Felda Nitar 1 akan di-mulakan sebentar lagi. Sila berkumpul di khemah rumah sukan masing masing. Cigku Yam, suami anda sedang mencari anda. Terima kasih.