Orang yang sihat; adalah orang yang tidak sakit. Orang yang sakit pula ada bermacam macam sakit.
Manusia pada asasnya; hanya menerima kenyataan dari orang yang sihat (baca: tidak gila, tidak sakit mental, bergigi rapat). Pada mereka, kenyataan orang orang yang sakit ini tidak relevan, tidak berhujung pangkal, dan mengarut.
Sihat dan sakit.
Konon lah ia ada beza. Manusia ini memang aneh. Mahu yang elok elok saja. Mahu yang cantik cantik saja. Padahal, kita sama, tiada beza. Padahal, Preference itu adalah abstrak dan misterius sifatnya.
Mereka tetap manusia yang berakal, berperasaan dan berkehendak. Cuma tidak sihat.
Adakah (read: banyakkah?) beza pendapat orang yang sihat dengan orang yang demam selsema? Jadi; boleh kah kita menuduh orang itu begini, orang itu begitu sesuka hati?
Yang aku tahu;
antara orang yang berlapang dada dan tidak dengki, dengan orang yang berhati-bermulut busuk, adalah neraka.
Mari kita bela kucing.