jika berjarak halang
binalah jambatan
biar jujur terlintas kesan
sampai hati paut. dan parut
kau mahu aku bebas
dalam gelita suara terpipis
dan aku hanya sinarkan tangis
dan kau sirnakan tulus
tentang egomu yang terbaik
jika bertamu resah
hidangkanlah hikmah
bukan amarah yang memamah jiwa
sampai hati parut. dan reput